penah tengok tak ubat ni.. MAHARANI... kan mama dah penah cerita dulu..

ini mama ambil dalam Hai-O online TCM.. nak baca lebih klik kat SINI
FAQ 3:
zue Says:
February 6th, 2012 at 2:03 pm
hi..
sya sdah 4 tahun b’kahwin.tp masih belum m’punyai ZURIAT.. period sya dlm 1 tahun mgkn 2-3 kali sja yg dtang.period tak regular..sya & suami ada buat check up..semua normal..cuma dr nasihatkan sya untuk lose weight..agar dpt period regular.. sya harap pihak tuan dpt membantu sya dlam masalah sya..produk apa yg sesuai utk sya? tq..
Balasan kami:
Merujuk kepada situasi puan, anda dicadangkan supaya mengambil Nurich Lacto-lite yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin yang membantu dalam mengurangkan bahan fermentasi beracun dan penghasilan enzim bakteria berbahaya di samping mengurangkan masalah sembelit. Sila campurkan sebungkus Nurich Lacto-lite ke dalam 200ml air suam, jus buah-buahan atau minuman lain (elak guna air panas!), sebungkus setiap pagi dan malam.
Selain itu, anda turut dicadangkan agar mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan yang menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya kerana pengambilan produk tersebut secara berterusan berkesan dalam membantu:
1) Melancarkan peredaran darah
2) Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
3) Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
4) Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
Cadangan pengambilan:
Sebiji bola besar setiap hari sebaik sahaja haid anda datang habis, sila ambil 20 hari secara berterusan sebagai satu rawatan.

FAQ 6:
reen Says:
February 9th, 2012 at 3:21 pm
maaf jika saya bertanya adakah produk ini disahkan halal oleh jakim
Balasan kami:
Produk Maharani mendapat pengesahan halal daripada China Islamic Association. Pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara ini adalah diiktiraf oleh JAKIM.
FAQ 4:
meklinimiya Says:
December 15th, 2011 at 2:41 pm
saya inginkan kepastian tentang isu halal dalam ramuan yang terdapat dalam pil maharani kerana ia mengandungi ‘animal part”pada lampiran yang terdapat dalam kotak ubat.
Balasan kami:
Produk Pil Maharani mengandungi “Animal Part’ iaitu pati ayam hitam, ekstrak tanduk rusa dan cengkerang tiram. Produk tersebut telah mendapat sijil halal daripada China Islamic Association, iaitu badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh melayari laman sesawang kami http://www.hai-omarketing.com.my untuk melihat sijil Halal bagi produk yang berkenaan.
Sebarang pertanyaan anda amatlah dialu-alukan. Sekian, terima kasih.
ok.. tu je.. ada banyak lagi.. tak larat nak copy paste.. huhu
ok la byee..
lurve,


















0 comments:
Post a Comment