" Ya ALLAH ya tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan sifat malas, aku berlindung kepadaMu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.. Amin"

23 July 2013

Resepi Daging Masak Merah

as salam

mak berjaya masak Daging Masak Merah nyah!!!

poyo je kan.. orang len pun dah lama pandai masak ni... huhu

first time buat wei.. mula2 macam tak konfident je sedap.. tapi bila makan memang sedap... hasben pun kata sedap.. macam makan kat kedai.. ok tipu =_=



walaupun rupa tak cantik tapi rasanya ok la.. masuk lif tekan sendiri




mama amik resepi kat sini ye..


DAGING MASAK MERAH ala gerai
resipi : Mas@Duniaku

Bahan2: 
daging lembut - hiris nipis2
(kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ya)
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
Bahan Hiris:
bwg besar - belah 4
bwg putih - cincang @ ketuk
halia - hiris
cili api / cili merah

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kiub ikan bilis ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu besar sos ikan
sedikit air ~ k.nor guna air rebusan daging

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris sampai naik bau, (masukkan cili mesin, goreng hingga pecah minyak) dan masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan semua sos.
Kemudian masukkan sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nampak pekat.. bolehlah diangkat.

*perasakan dgn garam dan gula mengikut citarasa masing2..


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/03/daging-masak-merah-ala-gerai.html#ixzz2ZpmmxifP



lepas masak lepak2 tengok kartun baru dengan anak2..




memang ramadan kali ni puas hati dapat masak... walaupun bizi balik kerja semua.. sebab puas hati masak sendiri walaupun dua lauk je tapi boleh tahan sampai ke sahur..

oh hari ni nak masak apa pulak ye????? cait baru masuk keja dah pikir lauk berbuka..


ok bye


lurve,

mamaleen


2 comments:

♥ Wina ♥ said...

lama tak masak daging..kalau dapat beli daging nak masak merah jugaklah :)

AnneRaini said...

betul tu walaupun msk simple tp lg puas masak sendiri.