" Ya ALLAH ya tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan sifat malas, aku berlindung kepadaMu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.. Amin"

29 April 2016

Resepi Ayam Madu

as salam

salam jumaat...

lama gila tak update blog :)

kali ni mama nak bagi Resepi Ayam Madu kegemaran reza ranea..

sebelum ni asik makan kat kedai mamak saja.. rupanya senang sangat..

jom tengok resepi ok 




Bahan-bahan:

- ayam setengah ekor potong 4
- sos cili
- bijan
- bawang goreng
- gula dan garam

(untuk bahan tumis)
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 2 biji bunga cengkih

Cara-caranya:




1. Goreng ayam yang telah digaul kunyit dan sedikit garam.

2. Tumis bahan2 yang diperlukan dengan setengan cawan minyak sehingga garing.

3. Masukkan sos cili dan sedikit air, masukkan gula garam secukup rasa dan kacau.

4. Bila dah agak likat masukkan ayam semula bersama bijan dan bawang goreng.

Siap!!

senang saja kan.. nanti try buat ok

bye

lurve,

mamaleen